Friday, November 20, 2009

JAGALAH MATA SEBAIK-BAIKNYA

Sekian lama saya tidak menulis kerana faktor kesihatan. Mata saya yang sekian lama kabur akhirnya terpaksa dibedah kerana pterygium advanced. Menurut Doktor Hamidah , saya agak lambat melakukan pembedahan ini sehingga ianya mengganggu mata hitam saya.Saya hanya diam apabila mendengar penjelasan Dr Hamidah. Saya akur akan kealpaan saya. Semuanya kerana takut untuk dibedah. Puas isteri saya memujuk dan akhirnya saya mengalah dan mengikut kehendaknya untuk masuk ke bilik bedah.Tarikh 18 November 2009 jam 8.30 pagi tidak akan saya lupa sehingga bila-bila....

Saturday, October 3, 2009

BARANG KITAR SEMULA DI BAGAN PINANG

Kita bukan kertas, bukan plastik daan bukan juga botol. PAS menerusi kalangan penulis blog mereka menghentam Tan Sri Isa Samad sebagai calon "recycle" untuk memburukkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu selama 22 tahun.Cukuplah buat dosa dengan memberi gelaran yang bukan-bukan. Saya amat menyokong kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato'Seri Utama Dr Rais Yatim yang menganggap kalangan mereka yang memainkan isu ini sebagai "muflis" idea. Kalau nak anggap barang kitar semula, Penasihat Parti Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim terlebih kitar....

Tuesday, September 29, 2009

JANGAN "BUANG" ISA, PINDA TAK MENGAPA

"Jangan buang atau mansuhkan ISA, pinda tak apa,"Ayat yang cukup cantik, penuh makna dan paling mencuit hati hadirin termasuk YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila calon Barisan Nasional Bagan Pinang, Tan Sri Isa Abdul Samad(TSIS) mengungkapkan bait-bait ini.TSIS dan keberuntungannya akan dapat kita lihat di Bagan Pinang berdasarkan kehendak akar umbi sesuai dengan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.Inilah kali pertama TSIS bertanding di kampung halaman sendiri atas permintaan rakyat setempat yang telah menilai jasa dan bakti beliau selama...

Friday, September 25, 2009

DATUK "BELI" BAGI YANG KEMARUK

Pendedahan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim mengenai ada golongan tertentu "membeli" gelaran Datuk adalah sesuatu yang harus diberi perhatian. Kita terkejut, ada kalangan yang baru berusia 30an, sudah terima gelaran Datuk. Tak tahulah bagaimana caranya mereka mendapat gelaran ini tetapi berdasarkan kenyataanDato'Seri Utama Dr Rais ia amat memalukan dan golongan kemaruk gelaran seperti ini bersandarkan kepada kemampuan wang ringgit bukannya kerana jasa kepada negara dan rakyat.Mereka yang sudah bertongkat,...

RUMAH TERBUKA RAIS

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dan Datin Seri Masnah Rais mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Kuala Klawang dalam Parlimen Jelebu pada 26 September 2009 bermula jam 7.30 malam.Khabarnya ia akan turut diserikan dengan pelbagai persembahan sebagai halwa telinga mereka yang hadir.Tentulah ramai rakyat akan bertandang ke rumah terbuka ini dan ianya sebagai langkah mendekatkan rakyat dengan pemimpin. Kebiasaannya menjangkau 10 ribu yang hadir. Mungkin kalai ini ianya akan lebih meriah dan harapan kita...

Monday, September 21, 2009

SEGAMAT MAKIN GAMAT

Tahun ini saya dan isteri berkesempatan berhari raya di Segamat di rumah nenek. Beraya sambil melihat perkembangan bandar Segamat dengan motorsikal Kriss cukup menyeronokkan. Satu ketika Segamat teruk dilanda banjir dan saya dibawa oleh Sdr Iskandar untuk melihat keadaan di beberapa kampung. Antaranya Kampung Bumbun dan kampung Sermin dan kampung sekitar Jalan Temenggung.Secara tiba-tiba, Iskandar meluahkan pandangannya. Macam orang politik lagaknya.Kata Iskandar, Segamat perlu diserahkan balik kepada UMNO. Saya tanya kenapa dia berhujah begitu,...

Sunday, September 20, 2009

SAMY VELLU PERLU BERUNDUR

Kenyataan mantan Perdana Menteri dan tokoh negarawan kita, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kedudukan Dato Seri S Samy Vellu yang sudah lama memegang jawatan Presiden MIC dan patut berundur kerana dia menjadi "masalah" kepada Barisan Nasional sekaligus gagal menjadi "jaguh" kepada kaum India.Dalam masa yang sama, Naib Presiden MIC, Datuk S.K Devamany yang dilaporkan Utusan Malaysia sebelumnya, menafikan dia ada membuat kenyataan mengenai Samy Vellu yang perlu berundur dari presiden parti. SK Devamany menyatakan dia tetap menyokong Samy.Dato Seri...

SMS PENGGANTI DIRI

Hari raya tahun ini, saya menyambutnya serba sederhana. Bila terkenangkan orang tua yang dikasihi telah lama pergi, sebak juga terasa di hati. Bila terdengar laungan takbir Hari Raya, segala yang terbuku membangkitkan emosi apatah lagi apabila isteri tersayang berjabat dan mencium tangan.Itu bukan yang cuba nak saya ceritakan tapi mengenai betapa popularnya Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima. Bahasa yang berbunga, indah dan menyentuh hati. Kali pertama dalam hidup saya, Lebih 300 SMS saya terima dari rakan dan taulan, kalangan kepten Media, sahabat...

Thursday, September 17, 2009

RUMAH TERBUKA PM DAN MENTERI KABINET

Tidak seperti tahun-tahun terdahulu, Rumah terbuka Kebangsaan seperti yang dijadualkan di Johor pada 4 Oktober tidak menjadi kenyataan. Bagaimanapun ia akan diadakan di Seri Perdana Putrajaya pada Hari Raya Pertama bermula jam 10.45 hingga 3.00 petang.Ini peluang terbaik kepada rakyat jelata dan khalayak ramai untuk beramah mesra dengan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Jemaah Menteri yang lain.Kemeriahannya tetap dijangka hebat dengan persembahan seni dan juga pengisian yang akan membangkitkan suasana hari raya antara pemimpin...

SELAMAT HARI RAYA

Bila tiba hari lebaran, hati akan sayu, jiwa akan menjadi hiba. Waktu ini air mata mudah meleleh perlahan-lahan mengenangkan mereka yang sudah tiada.Kita yang hidup entah bila akan mengikut jejak. Waktu ini terkenangkan ayah dan emak yang telah pergi dulu mengadap illahi. Begitu juga dengan abang-abang yang telah kembali kerahmatullah. Semoga lebaran tahun ini akan membawa keinsafan kepada kita semua tak kira apa kedudukan kita.Kepada yang mengenali saya, selamat hari raya maaf zahir dan batin. Andai terdapat kekasaran bahasa dan keterlanjuran...

Monday, September 7, 2009

MARTABATKAN PEKERJAAN AMAH

Kadar gaji kekal antara RM450 hingga RM600 sebulan. Gembar gembur mengenai kenaikan hingga RM800 tidak menjadi kenyataan. Perjanjian antara Malaysia dan Indonesia yang dipersetujui pada 2007 tidak pernah menetapkan gaji minimum pembantu rumah Indonesia tetapi lebih melihat kepada keadaan pasaran semasa.Dalam mesyuarat bersama Malaysia-Indonesia Sabtu lepas tak membincangkan siatuasi ini seperti yang diperakui oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subaramaniam. Khabarnya kerajaan Indonesia tidak pernah membangkitkannya kecuali media yang meniup...

Wednesday, August 26, 2009

CHUA SOI LEK IKUT JEJAK CHUA JUI MENG?

Semua pihak tahu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat dan Timbalannya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memang tidak sebulu. Entah macam mana dalam pemilihan yang lalu perwakilan MCA memilih Chua Soi Lek walaupun umum sudah tahu kisahnya sebelum itu. Hendak disalahkan siapa kerana itu hak mutlak perwakilan. Walaubagaimanapun, hari ini hak itu dinafikan apabila Majlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin MCA untuk memecat keahlian Soi Lek.Alasan Tee Kiat ia adalah keputusan yang terpaksa dibuat kerana cekera padat digital skandal seks Soi...

Thursday, August 20, 2009

RAIS TURUN PADANG

Peniaga dan pekedai Jalan Tunku Abdul Rahman semalam menyambut kehadiran Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato'Seri Utama Dr Rais Yatim dengan meriah disulami dengan rasa terkejut dan tergamam.Bukan sekadar bertanya khabar malah Dato'Seri Utama menyerahkan jalur gemilang sebagai simbolik sekitar bandaraya harus dimeriahkan sempena kemerdekaan negara kali ke 52. Peniaga ada yang menjerit riang, seorang menteri paling kanan mengunjungi gerai dan premis mereka."Dato' Rais datang, saya dapat salam dan dapat bendera," saya terdengar rungutan...

Monday, August 17, 2009

MENJALUR GEMILANGKAN KUALA LUMPUR

Hari Kemerdekaan ke-52 kunjung tiba. Agak sepi dan keceriaannya perlu diperhebatkan. Sekali lagi idea dan usaha Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato'Seri Utama Dr Rais Yatim (DASURY) akan teruji. Saya angkat topi kepada Dasury atas usaha gigih memerhati keadaan sekeliling terutama di ibu negara. Mungkin juga berbekalkan pengalaman berkhidmat di bawah lima Perdana Menteri memberikan kelebihan kepada beliau untuk melihat kelemahan ini.Usaha menjalur gemilangkan Kuala Lumpur khabarnya akan dilakukan Khamis ini disekitar Kuala Lumpur....

Sunday, July 26, 2009

Perjudian Internet Semakin Parah

Hari ini tajuk muka depan Utusan Malaysia, Perangi Kongsi Gelap. Pihak berkuasa digesa lancarkan operasi besar-besaran.Ini bukan perkara baru, gesaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),Datuk Haji Ibrahim Ali sepatutnya telah lama diberi perhatian. Sikap panas-panas tahi ayam ini menyebabkan golongan ini bermaharajalela. Dulu kedai gunting rambut, kini sudah jadi kedai internet yang menawarkan perjudian di internet. Apa sudah jadi dengan pihak berkuasa tempatan. Seperti sudah...

Thursday, July 23, 2009

rancangan isu tv 1

Lebih setahun saya bergandingan dengan Sherkawi Jirim di Bernama TV. Kenangan itu indah kerana saya hampir melupakan dunia pengacaraan kerana tidak ada ruang. Apabila Sherkawi yang saya panggil sebagai abang mempelawa saya penuh hormat menjelang pilihanraya umum ke-12 yang lalu, saya tidak keberatan.Mungkin dah sebati dengan dunia bercakap ini."Lan buat apa sekarang?"tanya Sherkawi."Berniaga kecik-kecik.Nak jadi pengacara dah tak laku, dah tua,"balas saya hormat."Siapa kata tua, abang pun tua tapi kita masih ada kelebihan. Jom join abang kalau...

Tuesday, July 21, 2009

CATATAN PEMBUKA BICARA...

Sekian lama diulit resah akhirnya blog saya muncul juga. Tanpa bantuan sahabat saya, Sdr Ahmad Saabun, ia mungkin tidak menjadi kenyataan. Terima kasih Mat.Lantaran ingin bersama membuahkan ide dan cetusan angan-angan dan cita-cita, demi negara bangsa, lontarkan apa saja untuk kita sembang .Biarlah kita melihat kehadapan tanpa menjengah kebelakang.Dalam dunia ini betapa mudah kita terserempak dengan 100 tukang caci tetapi untuk mencari seorang saja tukang puji, terlalu sukar.Saya tidak mempunyai...

Page 1 of 1012345Next

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More