Friday, January 5, 2018

 TENANGKAH JIWA BEKERJA DENGAN ORANG POLITIK?
 Cerita lama dalam lipatan sejarah
"Lan apa khabar,"dalam keadaan lemah Dato Ajib Ahmad(bekas MB Johor) menyapa saya ketika melawatnya di Pusat Perubatan Pakar Damansara sehari sebelum dia meninggal.

Jawab saya pendek," sihat uncle.Dahlan doa uncle juga sihat,"saya sedih betul hari tu.

Dulunya dia seorang pemimpin,bila terlantar dia agak kesunyian.Mujur sesekali saya berbicaratentang politik lampau dan kini,dia gembira.Isteri saya juga nampa sebak.

Dalam keadaan batuk-batuk, dia menahan kepayahan itu tapi sambil matanya pejam celik,dia mengeluarkan sesuatu yang terbuku.

"Dahlan, cari la kerja lain,jangan kerja dengan orang politik," saya agak terkejut tapi malas untuk menyoal balas.Otak berfikir ligat.Kenapa begitu kehendaknya.Sedangkan dulunya dia orang politik.

Rupanya, desakan nalurinya memang sebuah kenyataan.Saya mengambil keputusan penuh dramatik untuk lupakan impian saya. Hampir dua tahun bersama KPKK.Bersama gelagat yang ada kalanya seperti tak pernah saya duga,akhirnya saya mengucapkan sayonara.

Pada 1992, saya pernah menjadi pengarang akhbar Mingguan Tempo(Dayaramis Sdn Bhd) di bawah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Dua tahun bersama saya angkat kaki.RTC terbaik tapi insan sekeliling.

Waktu itu ada yang bertanya kenapa RTC pilih you, you orang Melaka ke?Begitu juga sewaktu saya menjadi SU Akhbar Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. "You orang nogori ko cik Dahlan?"

Maka jawab saya," Yo se orhang Kodah," segalanya tinggal kenangan.Namun penyudah kepada peristiwa itu semua, saya terkilan dengan seorang ketua pengarah yang tidak berani berterus terang. hanya bercakap dengan pegawai di Pejabat Perdana Menteri.Dan saya simpan jauh dilubuk hati apa yang dicakapkan itu kerana lambat atau cepat dia juga akan kembali kepada rakyat marhain.

Lebih enam bulan dibawah Menteri,banyak yang saya belajar.Tak susah bekerja dengan Menteri tetapi susah bekerja dengan orang-orang menteri.Semuanya itu benar belaka.

Kalau ada rezki, akan lahir buku PANTUN UNTUK PEMIMPIN(tajuk cadangan).

Terima kasih kepada bekas Ketua Pengarah PNM,Dato Raslin bekas,KP Penyiaran,Dato Tiger(walaupun tak boleh mengaum),bekas KP Arkib,Dato Sidek(dah pencen) kerana masih berkawan dengan saya.

0 comments:

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More