Wednesday, March 9, 2011

DIALOG ORANG LUPA


Bila dipuji buat kerja bagus,jalan mengepak,bumi rasa tidak dipijak.Dongak ke atas terasa dunia anda yang punya.
Bila kena marah,muka masam mencuka dan mulut mula berleter keseorangan.

"Sikit salah,banyak pula yang dia marah.Mana tahan macam ni.Ada ka patut dia belasah dan tegur aku macam tu,"nada sudah berbeza.Rasa benci mula meluap.Baru sebulan dilantik.

Saya masih ingat,"aku rasa dia ni s...." ingat tak lagi perkataan yang dikeluarkan.Bezanya dalam bahasa Inggeris.
Bila kita diketepikan,dia dah pandai "menyelit" ungkapannya kepada kita pun berbeza.
"I datang ramai yang sambut lebih ramai ketika K.. datang.Nak buat macam mana bukan I suruh dia orang jemput.Buktinya I rapat dengan staff," Wah dia dah mula bangga diri kononnya semakin popular dan disukai.

"Susah bila I terpaksa terima orang bermasalah dan "reject".Semua yang direject hantar ke sini,pening kepala aku," Kempen berbudi bahasa tetapi cakap bahasa tidak beradab langsung.
Kalaulah dia tengok muka di cermin tentu dia akan kata,"aku patut sedar sebenarnya aku pernah direject oleh rakyat,kenapa aku kat sini."
Maka saya akan jawab,"memang kau pun direject tetapi terpaksa cari makan,"

SKRIP INI SAYA ANGAN-ANGANKAN KALAU DAPAT DITERIMA SEBAGAI SKRIP DRAMA RADIO.

SIAPA GANTI TIGER KP PENYIARAN?


Tiger...Datuk Tiger.Ha... siapa tu?Garang ke,nama pun dah harimau.Entah dari mana nama tu dia dapat hanya dia dan tuhan saja yang tahu.Bukan saya nak bincang tentang nama tetapi Datuk Tiger atau nama sebenarnya Datuk Ibrahim Yahaya seorang yang sentiasa mendaki dalam kariernya.
Dia tak pernah menduga dia akan menjadi Ketua Pengarah Penyiaran.Itu yang dia kata.Rezki orang. Saya nujum yang tak bertauliah, mana tahu Tiger akan jadi calon pilihanraya nanti?Itupun hanya Allah saja yang maha mengetahui.
Mana tahu dia menang dan jadi Timbalan Menteri Penerangan,itu pun hanya Allah yang mengetahui.
Semuanya serba mungkin kerana calon popular akan dipilih.Dulu orang pilih parti tetapi sekarang orang pilih calon.
Dengarnya Dato Tiger tidak lagi diteruskan kontraknya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran. kalau itu betul maka dia mempunyai lebih masa untuk menulis di blognya nanti.Apapun kepada Tiger, selamat maju jaya dan jangan putus asa. Rezki ada di mana-mana. Jadikan segala yang dilalui sebagai cerminan kehidupan mendatang.
Khabar bertiup kencang Datuk Norhayati(TKP) sekarang akan dilantik.Kalau benar,tahniah Dato Yati.

Tuesday, March 8, 2011

BUDAYA "SATAY" DALAM PENTADBIRAN


Saya tidak berniat menaburkan sindiran kepada sesiapa.Apa yang saya curahkan di blog saya ini antara susur galur kehidupan yang kita kena renungkan.Sewaktu tenggelam,hampir lemas kita mesra dengan kawan-kawan, baik dengan sahabat-sahabat lama.Bila sudah ada sedikit di atas, bukan pun jadi menteri, baru ketua pengarah,kawan-kawan kita lihat sebagai masalah.
Saya tak berkawan dengan ketua yang kaki mengadu.Kena sindir sikit dah jumpa orang nombor satu.Kalau kita bagus orang akan selalu puji kita tapi kita buat kerja pura-pura tentu orang akan tempelak kita.

Saya masih ingat sewaktu mula-mula dia dapat jawatan, kita pun dimarahi dan kita ada "mengeluarkan" kata-kata terhadap bos kita.Masih ingat lagi tak perkataan tu?Dicurahkan rasa tak puas hati kepada saya.Lupa ya nanti saya akan ingatkan dalam siri seterusnya.
Sepatutnya perkataan itu tak boleh dikeluarkan kerana kita baru dilantik tapi akhirnya kita menggunakan pendekatan "satay" barulah keadaan menjadi lebih baik.
Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam menegur sikap ini kerana ingin bersama-sama melihat pemimpin yang kita pilih seiringan dengan rakyat.Jangan cakap berdegar-degar ketika berucap,sindir sana, sindir sini tapi bila kita dikritik...mengadu.Tuduh orang burukkan kita.
Kita menuduh orang yang dilantik di bawah kita orang yang "direject".
Catatan kehidupan manusia, bapa imam tak semestinya anak menjadi imam. Ayah guru kadangkala anak menjadi tentera. Itulah kehidupan kerana bulan dan matahari sering merindui.
Malam pasti ada siangnya.Siang berlalu malam menjelma. Tunggu hari-hari bila anda tidak lagi berjawatan.

GELORA POLITIK SETIAWANGSA?


Sebut saja politik di mana-mana keadaannya sentiasa bergelora. Bertemu secara tak sengaja dengan seorang pemimpin tertinggi komponen BN yang secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ahli Parlimen, Dato Sri Zulhasnan Rafique.
Dia mengutarakan banyak sebab mengapa dia sudah tidak selesa dengan Zulhasnan kerana setahu saya sebelum ini dia cukup rapat dan sering memberikan kerjasama dalam setiap program anjuran UMNO dan parti-parti komponen.
Isunya rasa tidak puas hati kawasan perumahan setinggan di Air Panas.Saya tak pula cuba mendapatkan secara detail kerana bertemu dalam keadaan tidak diduga setelah sekian lama tidak bersua.
Dia sempat berkata kepada saya, keadaan dulu dan sekarang sudah berubah.Berubah dalam bentuk bagaimana, saya kurang periksa.Ada beberapa isu besar lain turut dibangkitkan termasuklah rasa "terkilan" yang tersimpan sekian lama.
Adat dalam politik, hari ini kita berkawan esok kita bermusuh kemudian berkawan balik.

Saya adalah antara barisan Pemimpin Pemuda UMNO bahagian Setiawangsa di bawah kepimpinan Dato Paduka Izzudin Ishak. Khabarnya Dato Izuddin juga sudah membawa haluan.Apa yang penting keutuhan parti dan sokongan kepada YAB Perdana Menteri,Dato Seri Najib Tun Razak yang nyata bekerja kuat untuk rakyat.

Sunday, March 6, 2011

BICARA RAKYAT NAK KE MANA


RTM ada macam-macam rancangan bual bicara.Isu,Dialog,Di Luar Lingkungan dan terbaru Bicara Rakyat khabarnya buah fikiran JASA. Tajuknya sedap tapi kesannya tak ada.Disauhkan oleh pengacara tersohor abad ini (di RTM) Sayed Munawar yang nampaknya mula hilang rentak kerana terlalu dibebankan dengan tugasan yang agak bertindan.
Sayed dah tak dapat bezakan antara DLL dan Bicara Rakyat. Kerana itulah ratingnya sekitar 40 ribu.Kalau setakat itu maka seelok-eloknya kaji balik program yang pastinya tidak mendapat sambutan dan menelan kos.Itupun kalau JASA terima teguran ini.
Saya dapat melihat dalam beberapa siri program, isunya tidak bertepatan dengan kehendak takyat malahan matlamat yang cuba diletakkan oleh JASA dan RTM tidak kesampaian.Tiada sentuhan sehingga ke bawah. Daripada menonton Bicara Rakyat lebih baik kita menonton Titik Sentuhan, itu baru betul-betul bicara rakyat bawahan seperti yang dikehendaki oleh YAB Dato'Seri Najib Tun razak,Perdana Menteri yang kita kasehi.
Berbincang dengan menjemput tetamu yang gagal memberikan ulasan dengan baik menyebabkan kuasa menukar channel itu akan dilakukan.Tidak ada gunanya kita merasakan ide kita sudah hebat tapi sebenarnya masih ditakuk lama.
Saya tidak pernah merasakan RTM tidak boleh buat yang terbaik. Cuma kita perlu lontarkan rasa ego dan sikap tak boleh terima ide orang.Buatlah sesuatu jangan sampai ia memberi kesan kepada RTM secara keseluruhan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More