Tuesday, September 29, 2009

JANGAN "BUANG" ISA, PINDA TAK MENGAPA

"Jangan buang atau mansuhkan ISA, pinda tak apa,"Ayat yang cukup cantik, penuh makna dan paling mencuit hati hadirin termasuk YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila calon Barisan Nasional Bagan Pinang, Tan Sri Isa Abdul Samad(TSIS) mengungkapkan bait-bait ini.TSIS dan keberuntungannya akan dapat kita lihat di Bagan Pinang berdasarkan kehendak akar umbi sesuai dengan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.Inilah kali pertama TSIS bertanding di kampung halaman sendiri atas permintaan rakyat setempat yang telah menilai jasa dan bakti beliau selama...

Friday, September 25, 2009

DATUK "BELI" BAGI YANG KEMARUK

Pendedahan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim mengenai ada golongan tertentu "membeli" gelaran Datuk adalah sesuatu yang harus diberi perhatian. Kita terkejut, ada kalangan yang baru berusia 30an, sudah terima gelaran Datuk. Tak tahulah bagaimana caranya mereka mendapat gelaran ini tetapi berdasarkan kenyataanDato'Seri Utama Dr Rais ia amat memalukan dan golongan kemaruk gelaran seperti ini bersandarkan kepada kemampuan wang ringgit bukannya kerana jasa kepada negara dan rakyat.Mereka yang sudah bertongkat,...

RUMAH TERBUKA RAIS

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dan Datin Seri Masnah Rais mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri di Kuala Klawang dalam Parlimen Jelebu pada 26 September 2009 bermula jam 7.30 malam.Khabarnya ia akan turut diserikan dengan pelbagai persembahan sebagai halwa telinga mereka yang hadir.Tentulah ramai rakyat akan bertandang ke rumah terbuka ini dan ianya sebagai langkah mendekatkan rakyat dengan pemimpin. Kebiasaannya menjangkau 10 ribu yang hadir. Mungkin kalai ini ianya akan lebih meriah dan harapan kita...

Monday, September 21, 2009

SEGAMAT MAKIN GAMAT

Tahun ini saya dan isteri berkesempatan berhari raya di Segamat di rumah nenek. Beraya sambil melihat perkembangan bandar Segamat dengan motorsikal Kriss cukup menyeronokkan. Satu ketika Segamat teruk dilanda banjir dan saya dibawa oleh Sdr Iskandar untuk melihat keadaan di beberapa kampung. Antaranya Kampung Bumbun dan kampung Sermin dan kampung sekitar Jalan Temenggung.Secara tiba-tiba, Iskandar meluahkan pandangannya. Macam orang politik lagaknya.Kata Iskandar, Segamat perlu diserahkan balik kepada UMNO. Saya tanya kenapa dia berhujah begitu,...

Sunday, September 20, 2009

SAMY VELLU PERLU BERUNDUR

Kenyataan mantan Perdana Menteri dan tokoh negarawan kita, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kedudukan Dato Seri S Samy Vellu yang sudah lama memegang jawatan Presiden MIC dan patut berundur kerana dia menjadi "masalah" kepada Barisan Nasional sekaligus gagal menjadi "jaguh" kepada kaum India.Dalam masa yang sama, Naib Presiden MIC, Datuk S.K Devamany yang dilaporkan Utusan Malaysia sebelumnya, menafikan dia ada membuat kenyataan mengenai Samy Vellu yang perlu berundur dari presiden parti. SK Devamany menyatakan dia tetap menyokong Samy.Dato Seri...

SMS PENGGANTI DIRI

Hari raya tahun ini, saya menyambutnya serba sederhana. Bila terkenangkan orang tua yang dikasihi telah lama pergi, sebak juga terasa di hati. Bila terdengar laungan takbir Hari Raya, segala yang terbuku membangkitkan emosi apatah lagi apabila isteri tersayang berjabat dan mencium tangan.Itu bukan yang cuba nak saya ceritakan tapi mengenai betapa popularnya Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima. Bahasa yang berbunga, indah dan menyentuh hati. Kali pertama dalam hidup saya, Lebih 300 SMS saya terima dari rakan dan taulan, kalangan kepten Media, sahabat...

Thursday, September 17, 2009

RUMAH TERBUKA PM DAN MENTERI KABINET

Tidak seperti tahun-tahun terdahulu, Rumah terbuka Kebangsaan seperti yang dijadualkan di Johor pada 4 Oktober tidak menjadi kenyataan. Bagaimanapun ia akan diadakan di Seri Perdana Putrajaya pada Hari Raya Pertama bermula jam 10.45 hingga 3.00 petang.Ini peluang terbaik kepada rakyat jelata dan khalayak ramai untuk beramah mesra dengan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Jemaah Menteri yang lain.Kemeriahannya tetap dijangka hebat dengan persembahan seni dan juga pengisian yang akan membangkitkan suasana hari raya antara pemimpin...

SELAMAT HARI RAYA

Bila tiba hari lebaran, hati akan sayu, jiwa akan menjadi hiba. Waktu ini air mata mudah meleleh perlahan-lahan mengenangkan mereka yang sudah tiada.Kita yang hidup entah bila akan mengikut jejak. Waktu ini terkenangkan ayah dan emak yang telah pergi dulu mengadap illahi. Begitu juga dengan abang-abang yang telah kembali kerahmatullah. Semoga lebaran tahun ini akan membawa keinsafan kepada kita semua tak kira apa kedudukan kita.Kepada yang mengenali saya, selamat hari raya maaf zahir dan batin. Andai terdapat kekasaran bahasa dan keterlanjuran...

Monday, September 7, 2009

MARTABATKAN PEKERJAAN AMAH

Kadar gaji kekal antara RM450 hingga RM600 sebulan. Gembar gembur mengenai kenaikan hingga RM800 tidak menjadi kenyataan. Perjanjian antara Malaysia dan Indonesia yang dipersetujui pada 2007 tidak pernah menetapkan gaji minimum pembantu rumah Indonesia tetapi lebih melihat kepada keadaan pasaran semasa.Dalam mesyuarat bersama Malaysia-Indonesia Sabtu lepas tak membincangkan siatuasi ini seperti yang diperakui oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subaramaniam. Khabarnya kerajaan Indonesia tidak pernah membangkitkannya kecuali media yang meniup...

Page 1 of 1012345Next

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More