Friday, January 5, 2018

 TENANGKAH JIWA BEKERJA DENGAN ORANG POLITIK?
 Cerita lama dalam lipatan sejarah
"Lan apa khabar,"dalam keadaan lemah Dato Ajib Ahmad(bekas MB Johor) menyapa saya ketika melawatnya di Pusat Perubatan Pakar Damansara sehari sebelum dia meninggal.

Jawab saya pendek," sihat uncle.Dahlan doa uncle juga sihat,"saya sedih betul hari tu.

Dulunya dia seorang pemimpin,bila terlantar dia agak kesunyian.Mujur sesekali saya berbicaratentang politik lampau dan kini,dia gembira.Isteri saya juga nampa sebak.

Dalam keadaan batuk-batuk, dia menahan kepayahan itu tapi sambil matanya pejam celik,dia mengeluarkan sesuatu yang terbuku.

"Dahlan, cari la kerja lain,jangan kerja dengan orang politik," saya agak terkejut tapi malas untuk menyoal balas.Otak berfikir ligat.Kenapa begitu kehendaknya.Sedangkan dulunya dia orang politik.

Rupanya, desakan nalurinya memang sebuah kenyataan.Saya mengambil keputusan penuh dramatik untuk lupakan impian saya. Hampir dua tahun bersama KPKK.Bersama gelagat yang ada kalanya seperti tak pernah saya duga,akhirnya saya mengucapkan sayonara.

Pada 1992, saya pernah menjadi pengarang akhbar Mingguan Tempo(Dayaramis Sdn Bhd) di bawah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Dua tahun bersama saya angkat kaki.RTC terbaik tapi insan sekeliling.

Waktu itu ada yang bertanya kenapa RTC pilih you, you orang Melaka ke?Begitu juga sewaktu saya menjadi SU Akhbar Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. "You orang nogori ko cik Dahlan?"

Maka jawab saya," Yo se orhang Kodah," segalanya tinggal kenangan.Namun penyudah kepada peristiwa itu semua, saya terkilan dengan seorang ketua pengarah yang tidak berani berterus terang. hanya bercakap dengan pegawai di Pejabat Perdana Menteri.Dan saya simpan jauh dilubuk hati apa yang dicakapkan itu kerana lambat atau cepat dia juga akan kembali kepada rakyat marhain.

Lebih enam bulan dibawah Menteri,banyak yang saya belajar.Tak susah bekerja dengan Menteri tetapi susah bekerja dengan orang-orang menteri.Semuanya itu benar belaka.

Kalau ada rezki, akan lahir buku PANTUN UNTUK PEMIMPIN(tajuk cadangan).

Terima kasih kepada bekas Ketua Pengarah PNM,Dato Raslin bekas,KP Penyiaran,Dato Tiger(walaupun tak boleh mengaum),bekas KP Arkib,Dato Sidek(dah pencen) kerana masih berkawan dengan saya.


Assalamualaikum.
Sekian lama saya menyepi, saya akan mewarnai tulisan yang lebih menjurus daripada kacamata saya termasuklah isu semasa. Juga akan menyentuh mengenai politik dan bacaan terhadap PRU yang bakal mendatang.
salam perkenalan dan kutiplah disni apa yang saya sajikan dan apa yang lebih utama Jangan Sebar Berita Palsu. Tak Pasti jangan kongsi kerana Berita Palsu musuh negara.
sudah larut malam.Mulai esok sila layari blog saya yang tidak seberapa.
Terima Kasih

Tuesday, December 16, 2014


ADAT BERSILAT BERANI BERDARAH
ADAT BERJUANG BERANI DITARAH.

Saat dan masa ini akan kugunakan masa terluang menegur,mengkritik dan mendedahkan apa yang aku rasa perlu aku cakapkan kerana Blog ini aku yang punya.
Berkata benarlah walaupun pahit.

Ada yang tak menyangka, aku lebih lebih lagi tidak pernah menduga. Ianya semua kerana  kelemahan mungkin juga kerana kesilapan.
tunggu catatan.....


Thursday, January 10, 2013

Salam.Selepas sekian lama tidak berbicara di blog ini saya akan mula menulis kembali kerana keadaan masa agak mengizinkan.Insyallah catatan pertama selepas sekian lama akan menyusul dalam sedikit waktu lagi.Terima kasih kepada semua.

Thursday, March 8, 2012

JAMIL KHIR TANDING SETIAWANGSA?

Bila pilihanraya semakin hampir macam-macam cerita yang kita dengar. Salah satu berita hangat yang sampai ke telinga saya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan bertanding di Parlimen Setiawangsa menggantikan Dato Sri Zulhasnan Rafique.
Ada yang merungut dan ada yang bersetuju memandangkan Datuk Seri Jamil Khir ramai kawan di Wardibern,PULAPOL dan juga MINDEF. Elok benarlah bawa beliau ke situ yang antara lain pengundinya adalah golongan tentera.
Kepada Dato Sri Zulhasnan Rafuique, dua penggal menjadi wakil rakyat sudah cukup kut.Dah jadi Menteri Wilayah Persekutuan adalah kejayaan luar biasa Dato Sri Zulhasnan.Kalau ini menjadi kenyataan maka tak kesampaian juga Naib Ketua Bahagian,Datuk Fauzi Zahari,
Dato Abdul Halim selaku Timbalan Ketua bahagian untuk berada di kerusi Parlimen Setiawangsa.
Datuk Seri Jamil Khir mungkin tak berapa sesuai di Jerai kerana faktor kalangan pengundi bukan Melayu yang dikatakan tidak selesa dengan beliau.
Ketua bahagia Jerai, Dato Suhaimi dikatakan calon sesuai yang berpengaruh di Parlimen itu.Apapun kita harapkan semuanya berjalan baik, parti yang menjadi keutamaan dan bukannya siapa yang menjadi calon.Harapan saya agar pengundi Parlimen Setiawangsa menerima Datuk Seri Jamil dengan dada yang lapang.Inilah politik.Buktikan kita setia kepada sesiapa saja pemimpin yang dipilih oleh pemimpin atasan.Jangan ada yang merajuk.

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


Kita bersahabat,kita berkawan dan kita saring kenal mengenali tetapi kadangkala kita terguris dek kerana alpa akan ada insan yang terasa hati dengan perlakuan dan sikap kita. Saya mohon maaf andai kata terlajak bicara tersalah tutur kata.Maaf dipinta kepada semua yang mengenali saya samada menerusi rancangan Helo Malaysia di Bernama TV saluran 502 atau yang telah mengenali saya sekian lama sewaktu mengacarakan rancangan di TV3,RTM mahupun Bernama TV.Selamat Hari Raya,Maaf Zahir batin.

Wednesday, March 9, 2011

DIALOG ORANG LUPA


Bila dipuji buat kerja bagus,jalan mengepak,bumi rasa tidak dipijak.Dongak ke atas terasa dunia anda yang punya.
Bila kena marah,muka masam mencuka dan mulut mula berleter keseorangan.

"Sikit salah,banyak pula yang dia marah.Mana tahan macam ni.Ada ka patut dia belasah dan tegur aku macam tu,"nada sudah berbeza.Rasa benci mula meluap.Baru sebulan dilantik.

Saya masih ingat,"aku rasa dia ni s...." ingat tak lagi perkataan yang dikeluarkan.Bezanya dalam bahasa Inggeris.
Bila kita diketepikan,dia dah pandai "menyelit" ungkapannya kepada kita pun berbeza.
"I datang ramai yang sambut lebih ramai ketika K.. datang.Nak buat macam mana bukan I suruh dia orang jemput.Buktinya I rapat dengan staff," Wah dia dah mula bangga diri kononnya semakin popular dan disukai.

"Susah bila I terpaksa terima orang bermasalah dan "reject".Semua yang direject hantar ke sini,pening kepala aku," Kempen berbudi bahasa tetapi cakap bahasa tidak beradab langsung.
Kalaulah dia tengok muka di cermin tentu dia akan kata,"aku patut sedar sebenarnya aku pernah direject oleh rakyat,kenapa aku kat sini."
Maka saya akan jawab,"memang kau pun direject tetapi terpaksa cari makan,"

SKRIP INI SAYA ANGAN-ANGANKAN KALAU DAPAT DITERIMA SEBAGAI SKRIP DRAMA RADIO.

SIAPA GANTI TIGER KP PENYIARAN?


Tiger...Datuk Tiger.Ha... siapa tu?Garang ke,nama pun dah harimau.Entah dari mana nama tu dia dapat hanya dia dan tuhan saja yang tahu.Bukan saya nak bincang tentang nama tetapi Datuk Tiger atau nama sebenarnya Datuk Ibrahim Yahaya seorang yang sentiasa mendaki dalam kariernya.
Dia tak pernah menduga dia akan menjadi Ketua Pengarah Penyiaran.Itu yang dia kata.Rezki orang. Saya nujum yang tak bertauliah, mana tahu Tiger akan jadi calon pilihanraya nanti?Itupun hanya Allah saja yang maha mengetahui.
Mana tahu dia menang dan jadi Timbalan Menteri Penerangan,itu pun hanya Allah yang mengetahui.
Semuanya serba mungkin kerana calon popular akan dipilih.Dulu orang pilih parti tetapi sekarang orang pilih calon.
Dengarnya Dato Tiger tidak lagi diteruskan kontraknya sebagai Ketua Pengarah Penyiaran. kalau itu betul maka dia mempunyai lebih masa untuk menulis di blognya nanti.Apapun kepada Tiger, selamat maju jaya dan jangan putus asa. Rezki ada di mana-mana. Jadikan segala yang dilalui sebagai cerminan kehidupan mendatang.
Khabar bertiup kencang Datuk Norhayati(TKP) sekarang akan dilantik.Kalau benar,tahniah Dato Yati.

Tuesday, March 8, 2011

BUDAYA "SATAY" DALAM PENTADBIRAN


Saya tidak berniat menaburkan sindiran kepada sesiapa.Apa yang saya curahkan di blog saya ini antara susur galur kehidupan yang kita kena renungkan.Sewaktu tenggelam,hampir lemas kita mesra dengan kawan-kawan, baik dengan sahabat-sahabat lama.Bila sudah ada sedikit di atas, bukan pun jadi menteri, baru ketua pengarah,kawan-kawan kita lihat sebagai masalah.
Saya tak berkawan dengan ketua yang kaki mengadu.Kena sindir sikit dah jumpa orang nombor satu.Kalau kita bagus orang akan selalu puji kita tapi kita buat kerja pura-pura tentu orang akan tempelak kita.

Saya masih ingat sewaktu mula-mula dia dapat jawatan, kita pun dimarahi dan kita ada "mengeluarkan" kata-kata terhadap bos kita.Masih ingat lagi tak perkataan tu?Dicurahkan rasa tak puas hati kepada saya.Lupa ya nanti saya akan ingatkan dalam siri seterusnya.
Sepatutnya perkataan itu tak boleh dikeluarkan kerana kita baru dilantik tapi akhirnya kita menggunakan pendekatan "satay" barulah keadaan menjadi lebih baik.
Saya tidak ada apa-apa kepentingan dalam menegur sikap ini kerana ingin bersama-sama melihat pemimpin yang kita pilih seiringan dengan rakyat.Jangan cakap berdegar-degar ketika berucap,sindir sana, sindir sini tapi bila kita dikritik...mengadu.Tuduh orang burukkan kita.
Kita menuduh orang yang dilantik di bawah kita orang yang "direject".
Catatan kehidupan manusia, bapa imam tak semestinya anak menjadi imam. Ayah guru kadangkala anak menjadi tentera. Itulah kehidupan kerana bulan dan matahari sering merindui.
Malam pasti ada siangnya.Siang berlalu malam menjelma. Tunggu hari-hari bila anda tidak lagi berjawatan.

GELORA POLITIK SETIAWANGSA?


Sebut saja politik di mana-mana keadaannya sentiasa bergelora. Bertemu secara tak sengaja dengan seorang pemimpin tertinggi komponen BN yang secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ahli Parlimen, Dato Sri Zulhasnan Rafique.
Dia mengutarakan banyak sebab mengapa dia sudah tidak selesa dengan Zulhasnan kerana setahu saya sebelum ini dia cukup rapat dan sering memberikan kerjasama dalam setiap program anjuran UMNO dan parti-parti komponen.
Isunya rasa tidak puas hati kawasan perumahan setinggan di Air Panas.Saya tak pula cuba mendapatkan secara detail kerana bertemu dalam keadaan tidak diduga setelah sekian lama tidak bersua.
Dia sempat berkata kepada saya, keadaan dulu dan sekarang sudah berubah.Berubah dalam bentuk bagaimana, saya kurang periksa.Ada beberapa isu besar lain turut dibangkitkan termasuklah rasa "terkilan" yang tersimpan sekian lama.
Adat dalam politik, hari ini kita berkawan esok kita bermusuh kemudian berkawan balik.

Saya adalah antara barisan Pemimpin Pemuda UMNO bahagian Setiawangsa di bawah kepimpinan Dato Paduka Izzudin Ishak. Khabarnya Dato Izuddin juga sudah membawa haluan.Apa yang penting keutuhan parti dan sokongan kepada YAB Perdana Menteri,Dato Seri Najib Tun Razak yang nyata bekerja kuat untuk rakyat.

Sunday, March 6, 2011

BICARA RAKYAT NAK KE MANA


RTM ada macam-macam rancangan bual bicara.Isu,Dialog,Di Luar Lingkungan dan terbaru Bicara Rakyat khabarnya buah fikiran JASA. Tajuknya sedap tapi kesannya tak ada.Disauhkan oleh pengacara tersohor abad ini (di RTM) Sayed Munawar yang nampaknya mula hilang rentak kerana terlalu dibebankan dengan tugasan yang agak bertindan.
Sayed dah tak dapat bezakan antara DLL dan Bicara Rakyat. Kerana itulah ratingnya sekitar 40 ribu.Kalau setakat itu maka seelok-eloknya kaji balik program yang pastinya tidak mendapat sambutan dan menelan kos.Itupun kalau JASA terima teguran ini.
Saya dapat melihat dalam beberapa siri program, isunya tidak bertepatan dengan kehendak takyat malahan matlamat yang cuba diletakkan oleh JASA dan RTM tidak kesampaian.Tiada sentuhan sehingga ke bawah. Daripada menonton Bicara Rakyat lebih baik kita menonton Titik Sentuhan, itu baru betul-betul bicara rakyat bawahan seperti yang dikehendaki oleh YAB Dato'Seri Najib Tun razak,Perdana Menteri yang kita kasehi.
Berbincang dengan menjemput tetamu yang gagal memberikan ulasan dengan baik menyebabkan kuasa menukar channel itu akan dilakukan.Tidak ada gunanya kita merasakan ide kita sudah hebat tapi sebenarnya masih ditakuk lama.
Saya tidak pernah merasakan RTM tidak boleh buat yang terbaik. Cuma kita perlu lontarkan rasa ego dan sikap tak boleh terima ide orang.Buatlah sesuatu jangan sampai ia memberi kesan kepada RTM secara keseluruhan.

Saturday, February 26, 2011

ALAHAI RTM...


Macam macam maksud yang diberikan kepada RTM.Sejak zaman Tok Mat(arwah) hingga zaman kini,DASURY.Apa saja yang dibuat, tetap sama. Bilik berita tetap lesu.Jam 8.00 malam bilik berita sunyi tak macam Seri Pentas.Mungkin kerana bos yang ada tak disukai atau memang sekadar itu yang mampu mereka laksanakan.
Tak hairanlah jumlah yang menonton Berita RTM jauh lebih merosot. Staff RTM ada yang bagus-bagus.Ada yang berpengalaman tetapi mungkin kerana meluat dengan terlalu banyak arahan.
Ketua Pengarah,Dato Ibrahim (Tiger) sedang menuju hari-hari terakhir sebagai KP.Ada rezki akan terus di situ tetapi kalau tak ada rezki anda mungkin boleh menatap blog Dunia Tiger dengan lebih cerita sensasi.
Ada juga cerita pengacara wanita yang "power" di RTM.Semua tak berani tegur.Nak jadi ketua macam mana kalau nak tegur staff pun takut.
Pernah waktu saya menjadi pengacara sukan, ada suara bawahan yang nak potong siaran langsung sepaktakraw hanya kerana dia "power" di RTM.Macam-macam lagi. Ada yang merasakan dia adalah ratu di situ,kebal apatah lagi kalau "menjual" nama orang atas.
Saya jumpa staff RTM semalam katanya," lemas aku, sikit-sikit arahan dari Menteri, betul ke?kita naik keliru,". Kata saya, sabar semua itu kerenah orang tengah "mabuk" dengan jawatan.
Harapan saya semuanya akan lebih baik selepas ini.TIGER PERLU MENGAUM.

Thursday, February 24, 2011

BERFIKIR,TERFIKIR DAN PEMIKIR


Setiap kita perlu berfikir. Kadangkala pemikiran bernas amat penting untuk melakarkan kejayaan terhadap apa yang kita hajatkan.Banyak berfikir bagi yang suka berfikir tetapi adakalanya hanya berfikir,akan dibayar.Mahalnya kita berfikir sehingga dibayar tetapi adakalanya tidak berdaya untuk berfikir tetapi memaksa diri.
Berfikir dan bertindak itu lebih baik dan afdal.Berfikir dan bermesyuarat sebulan sekali atau seminggu sekali sambil menunggu perintah,itu lembab namanya.Tak ada ide tetapi kerana bergantung kepada RM maka kita bergelar pemikir yang pada hakikatnya tak ada peranan berkesan untuk membantu YAB Perdana Menteri yang nyata bekerja kuatke sana kemari.Keletihan YAB amat kita hargai.Ahli pemikir yang ada fikirkanlah apakah anda sudah cukup membantu dalam memberi buah fikiran.
Berfikir biarlah berJASA.

Thursday, November 4, 2010

LANGIT TAK SELALU CERAH


Bila kita hampir dengan orang ternama, terbilang, berpangkat, berdarjat, berkuasa dan hebat, kita juga dilihat sebegitu. Tutur bicara kita dianggap sama hebat walaupun kadangkala kita syok sendiri.
Kawan yang lama menghilang akan datang menerpa bila mendengar khabar kedudukan kita. Bila terdengar kita tersungkur di kaki bukit, dia akan bergerak perlahan-lahan meninggalkan kita malah nombor telefon juga sudah dibuang terus dari kotak simpanan.
Buktinya jika dia menyambut panggilan kita, dia sudah tidak mengenali bahawa kita menelefonnya kerana nombor sudah "di delete".
Hebat manusia yang berkawan kerana kebendaan, pangkat dan kedudukan. Ada juga teman yang terus setia kerana mereka lebih selesa bersahabat kerana persahabatan bukan kerana kebendaan.
Kalau dulu kita baik dengan orang yang berpangkat Ketua Pengarah, kini ketua pengarah yang dulunya sanggup melutut di depan kita hanya kerana mahu menjaga supaya tidak dimarahi menteri, kini dia mula tunjuk belang.Panggilan dan pesanan juga sudah tidak dilayan tapi yakinlah, lambat atau cepat dia akan terhukum juga.
Dia berbaik dengan kita kerana kita menjadi orang kanan menteri, bila menteri sudah jauh dari kita, dia berasa selamat untuk tidak berkawan dengan kita.Cuma dia lupa, mana bisa dosa lama disembunyikan begitu saja kerana lambat atau cepat hukum karma akan diterimanya.
Saya akan ceritakan episod perangai-perangai mereka ini dalam blog saya setiap masa, malah mungkin ianya akan menjadi teladan terbaik kepada kita semua.
Ada juga Ketua Pengarah yang masih berkawan dengan baik hingga pencen kerana dia ikhlas dengan kita.Dia selesa bersahabat kerana dia tahu langit tak selalu cerah.
Mana yang terasa maaf tapi anda terutamanya mereka yang makan cili sedarlah, sampai masa anda juga akan deibenci kerana kesilapan.

Sunday, August 8, 2010

NOVEL TERBARU FARA DARLISH


Sejak 1986 aku mula menulis novel itupun bukan kerana aku pandai tetapi kerana terdesak. Aku tak pernah sangka dari seronok-seronok sudah menjadi hobi yang paling aku gemari, menulis novel.
Novel pertama Hatinya Milik Siapa terbitan Penerbitan Pena syarikat kepunyaan arwah Pak Harun. Novel kedua aku Dukanya Bersalut Noda (Penerbitan Pena)diikuti Memburu MImpi dan Seroja Kembang Petang terbitan Creative Enterprise.
Novel Cengkam dan buku Silat Lincah Omar Din Pejuang Silat Melayu dilancarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Ghafar Baba di Hotel Istana pada 1993.
Selepas itu aku berehat agak lama dan kembali menulis secara aktif. Kini sudah menambah karya aku yang tak seberapa.
Novel Seikhlas Kasih terbitan NHF Media dengan menggunakan nama pena Fara Waheeda Dahlan. Walaupun bayaran yang aku dapat tak setimpal tetapi aku pasrah.
Aku terus memberi ruang kepada NHF Media untuk terbitkan novel aku seterusnya, Ketika Tulip Berbunga.Namun seperti yang pertama bayarannya hampeh.
Aku berdayung terus dan aku dengan usaha payah isteri tersayang, Fara Waheeda Dato Abu Kassim berjaya menerbit dan menghasilkan novel Dosa Cinta, Selagi Ada Cinta dan novel terbaru Bertiup Angin Beralihlah Kasih. Kesemua Novel ini aku gunakan nama Pena aku Fara Darlish.
Diam tak diam sudah sebelas buah buku aku hasilkan dan aku akan terus menulis.
Dalam pembikinan ada empat lagi yang sedang aku usahakan.
Sesekali bila aku teringat kata-kata beberapa sahabat penulis,"lan, kita boleh menulis dan menerbitkan buku tapi untuk kaya jauh sekali, pengedar dan penerbit yang buat duit," aku tersentak tapi sukar untuk aku berhenti daripada kesukaan menulis ini.
Aku akan hasilkan buku perjalanan hidup yang akan menceritakan segala kepahitan dan kedukaan yang aku lalui sejak bergelar wartawan hinggalah ke jawatan hari ini,insyallah.

Wednesday, June 16, 2010

BOLASEPAK,SNUKER AKHIRNYA GOLF

Memang orang sukan. Pengulas sukan dan minat semua jenis sukan. Sukan yang paling dibenci adalah snuker dan golf. Takdir Allah, akhirnya sukan inilah yang aku minati akhir-akhir ini. Bermula dua hari lepas selepas aku boleh bermain snuker, GOLF pula menjadi permainan yang mula diminati. Benar kata Mat Metro, apabila dah boleh pukul, tidur malam pun teringatkan golf. Pemain golf hebat di kalangan media, Imran Mohd Noor juga pernah mengutarakan demikian. Katanya dalam loghat Kelantan,"kalu doh syok main golf, habih lupo,tido tak berapa nak generho(lelap)".Kini aku faham semua itu benar belaka.
Aku mendapat galakan daripada isteri aku.Terima kasih ayang.Dia suka tengok aku main golf.Lebih disiplin, kemas. Ada yang main snuker, hisap rokok, buang bersepah akhirnya nak seronok main, terkena penyakit.Betul juga. tak ada disiplin.
Semalam dapat tengok Khalid Ali pukul di Setapak. Memang bekas pemain bolasepak negara ni hebat. Dia dah jadi pemain pro tapi tetap merendahkan diri. Hebat.
Terima kasih kepada brother Azizul Rahman yang mendorong saya dan kerap kali mengajak saya bermain golf.
Kepada isteri tersayang, aku akan cuba jadi pemain golf terbaik dan yang paling penting manusia yang baik di atas segala kepercayaan.

Thursday, June 3, 2010

PIALA DUNIA 2010 IMBAU KENANGAN BERSAMA ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI


Setelah meninggalkan stesen swasta(TV3) pada 2001 terasa seperti dunia pengacaraan sudah menjadi lipatan sejarah dalam kehidupan saya. Walaupun bertukar posisi menjadi pengacara berbentuk bual bicara berat dan bukan sukan tetapi jiwa ini sesekali kepingin berbicara tentang bolasepak, badminton dan sukan-sukan lain.

Kembalinya saya beraksi di Bernama TV dalam Helo Malaysia bergandingan dengan Serkawi Jirim akhirnya mengirimkan saya kembali ke bidang asal yang pernah saya lalui selama lebih 12 tahun iaitu sukan.

Saya pernah muncul dalam beberapa siri bolasepak Piala Dunia sebelum ini ketika bersama TV3. Pengalaman yang dikutip ketika membuat liputan sukan Olimpik Atlanta 1996, Sukan Asia Bangkok dan Sukan Komanwel menjadikan saya belajar menjadi seorang pengacara sukan yang lebih baik dari awalnya.

Sebut saja Piala Dunia, saya teringatkan arwah Din Beramboi yang pernah menjadi rakan pengacara untuk program popular TV3, Cakap-Cakap Bola. Din dengan perangainya sebagai seorang yang lucu menjadikan program itu menarik lebih 2 juta penonton.

Penampilan dengan pelbagai watak, bomoh yang meramalkan keputusan, pemain bola yang hebat walaupun arwah bukannya kenal sangat pemain bolasepak dunia. Arwah memang kelakar dan waktu itu memang seronok.

Kini 2010 saya akan bergandingan dengan Jasni Shafie, Abdullah Hashim, Hafizal Hamad dan Hasbulah Awang di lokasi yang berbeza, RTM. Dunia berputar dan kadangkala kita mengikut arah angin, kemana tercampaknya kita, di situlah kita berteduh.

Saya akan berpasangan dengan Jasni dalam perlawanan Argentina-Nigeria, 12 Jun ini dan ramai yang meramalkan Argentina dikatakan tidak menghadapi masalah untuk menundukkan Nigeria. Jadi sekurang-kurangnya rindu untuk bercakap tentang sukan mungkin akan berakhir.
Semoga semuanya akan berjalan dengan baik dan sokongan peminat amat diharapkan.

Thursday, February 18, 2010

ANWAR MENYESAL,RAKYAT TAUBAT


DS Anwar Ibrahim (DSAI) mengaku salah letak calon dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Itu kata DSAI. Apa pula kata rakyat. Mereka mengaku salah dan menyesal kerana mengundi calon PKR dalam pilihanraya umum yang lalu.

Perkembangan demi perkembangan ini pastinya akan menyedarkan kita semua betapa parti serpihan indahnya hanya sementara. Contoh sudah ada sebelum ini. Banyak khabar indah dan gembira dikhabarkan sebelum pilihanraya tetapi selepas itu rakyat berserakan dengan masalah sendiri. Cakap tak serupa bikin.
Kita kena ingat, orang tua sudah berpesan, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
Jangan biarkan kita ulangi kesilapan lalu. Tanya Datuk Seri Zahrain, tanya Ruslan Kassim, boleh juga kalau mahu bertanya dengan YB Zulkifli Noordin yang sedang mengharungi masa depan politiknya yang semakin kabur bersama PKR.
Tunggu, siapa selepas Datuk Seri Zahrain..retak menanti belah.Sudah terbelahpun.

Wednesday, February 17, 2010

YB ZUL TUNGGU APA LAGI...

Retak menanti belah. Utulah tajuk rancangan ISU kendalian saya pada Jumaat 12 Februari lalu. Sempat bersama bekas rakan dan sahabat lama Haji Ruslan Kassim yang saya kenali sewaktu beliau bertanding Exco Pergerakan Pemuda UMNO sewaktu pemuda era Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Saya selaku pengacara dan Datuk Nakhaei haji Ahmad, Haji Ruslan Kassim dan Profesor Hoo Ke Ping sebagai tetamu. Rancak, jenaka dan sesekali panas dengan cerita lama.

Apabila berbicara tentang masa depan Parti Keadilan Rakyat(PKR), Haji Ruslan nyata dengan hujah kerasnya mengatakan mereka yang masih belum meninggalkan parti itu adalah antara mereka yang masih gagal mencium bau busuk parti itu.

Keras bunyinya tetapi ia berdasarkan pengalaman lima tahun bersama PKR. Haji Ruslan jadi muak dan menyampah tetapi beliau hairan kenapa masih ada yang bersama PKR yang dilihat sudah "ditawan" oleh parti DAP. Rujuknya apa yang berlaku di Pulau Pinang sesuatu yang sudah dijangka.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim secara terbuka mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kritikan ini akhirnya membawa kepada tindakan Ahli parlimen itu meninggalkan PKR.

Pada awalnya saya menjangkakan, YB Zulkifli Noordin, Ahli parlimen Kulim/Bandar Baharu yang akan terlebih dulu meninggalkan PKR, rupa-rupanya Datuk Seri Zahrain yang ke hadapan lebih awal.
Dalam saat ini semua mata dan pencatur politik menghala pandangan kearah pendirian Yb Zul. Kata mereka bila lagi...semuanya sudah tidak sabar.

Badannya saja dalam PKR tetapi jiwa dan raga sudah tidak bersama.Kepada Yb Zul, buatlah yang terbaik kerana orang Kampung Sungai Batu, Sungai Taka, Sungai Tengas, Banggol Durian, Permatang Kerat telunjuk, Kampung Rantau panjang, Selama Kedah, Kampung Sungai Buluh, Kampung Dingin, Kampung kampung seluruh Kulim Bandar Baharu menanti dengan penuh sabar keputusan beliau. Tunggu apa lagi, kalau sudah tak tahan.

Monday, January 18, 2010

HARGA SECAWAN TEH

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Ungkapan yang membawa erti yang cukup besar. Bermaksud kita harus berhati-hati ketika mengutarakan pendapat dan berbicara kerana halus budi bahasa, tenang jiwa dan raga penyelamat dari segala sengsara.

Hanya kerana meninggikan suara, harga secawan teh menjadi pertaruhan satu nyawa. Inilah yang berlaku kepada Sanusi Othman di Tanah Merah, Kelantan. Menanti pesanan teh yang agak lambat, akhirnya keenakan teh tidak dapat dinikmati sebaliknya terpaksa menanggung kesakitan kerana badannya melecur teruk oleh simbahan air panas yang sedang menggelegak.

Dalam dunia yang serba moden ini masih ada kalangan orang kita yang sempit pemikiran, bertindak seperti haiwan kerana mengikut nafsu dan perasaan. Akibatnya buruk malah tindakan menjirus air panas ini bukanlah jalan yang bijak. Apa salahnya dia menegur dan jangan bertindak mengikut sikap baran. Bila nasi sudah menjadi bubur, apa yang nak dikata. Tunggulah hukuman akibat perbuatan jelek ini.Renung-renungkan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More