Tuesday, March 8, 2011

GELORA POLITIK SETIAWANGSA?


Sebut saja politik di mana-mana keadaannya sentiasa bergelora. Bertemu secara tak sengaja dengan seorang pemimpin tertinggi komponen BN yang secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ahli Parlimen, Dato Sri Zulhasnan Rafique.
Dia mengutarakan banyak sebab mengapa dia sudah tidak selesa dengan Zulhasnan kerana setahu saya sebelum ini dia cukup rapat dan sering memberikan kerjasama dalam setiap program anjuran UMNO dan parti-parti komponen.
Isunya rasa tidak puas hati kawasan perumahan setinggan di Air Panas.Saya tak pula cuba mendapatkan secara detail kerana bertemu dalam keadaan tidak diduga setelah sekian lama tidak bersua.
Dia sempat berkata kepada saya, keadaan dulu dan sekarang sudah berubah.Berubah dalam bentuk bagaimana, saya kurang periksa.Ada beberapa isu besar lain turut dibangkitkan termasuklah rasa "terkilan" yang tersimpan sekian lama.
Adat dalam politik, hari ini kita berkawan esok kita bermusuh kemudian berkawan balik.

Saya adalah antara barisan Pemimpin Pemuda UMNO bahagian Setiawangsa di bawah kepimpinan Dato Paduka Izzudin Ishak. Khabarnya Dato Izuddin juga sudah membawa haluan.Apa yang penting keutuhan parti dan sokongan kepada YAB Perdana Menteri,Dato Seri Najib Tun Razak yang nyata bekerja kuat untuk rakyat.

1 comments:

Menyebut tentang politik saya mengikuti wawancara yang saudara pengerusikan di TV. Anda teramat benci dan marah kepada BERSIH. Anda juga unjurkan bahawa sekiranya SPR tidak adil, kenapa pula pembangkang dapat menawan 5 negeri di Semenanjung. Tidakkah anda terfikir bahawa sekiranya SPR tidak berat sebelah dan menyeleweng, maka sepatutnya lebih banyak negeri yang ditawan oleh pembangkang dan lebih ramai calon UMNO/BN tumbang!Bagi saya keputusan pilihanraya mesti melibatkan penyelewengan UMNO/SPR, kalau tak dah lama UMNO hilang kuasa.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More