Sunday, March 6, 2011

BICARA RAKYAT NAK KE MANA


RTM ada macam-macam rancangan bual bicara.Isu,Dialog,Di Luar Lingkungan dan terbaru Bicara Rakyat khabarnya buah fikiran JASA. Tajuknya sedap tapi kesannya tak ada.Disauhkan oleh pengacara tersohor abad ini (di RTM) Sayed Munawar yang nampaknya mula hilang rentak kerana terlalu dibebankan dengan tugasan yang agak bertindan.
Sayed dah tak dapat bezakan antara DLL dan Bicara Rakyat. Kerana itulah ratingnya sekitar 40 ribu.Kalau setakat itu maka seelok-eloknya kaji balik program yang pastinya tidak mendapat sambutan dan menelan kos.Itupun kalau JASA terima teguran ini.
Saya dapat melihat dalam beberapa siri program, isunya tidak bertepatan dengan kehendak takyat malahan matlamat yang cuba diletakkan oleh JASA dan RTM tidak kesampaian.Tiada sentuhan sehingga ke bawah. Daripada menonton Bicara Rakyat lebih baik kita menonton Titik Sentuhan, itu baru betul-betul bicara rakyat bawahan seperti yang dikehendaki oleh YAB Dato'Seri Najib Tun razak,Perdana Menteri yang kita kasehi.
Berbincang dengan menjemput tetamu yang gagal memberikan ulasan dengan baik menyebabkan kuasa menukar channel itu akan dilakukan.Tidak ada gunanya kita merasakan ide kita sudah hebat tapi sebenarnya masih ditakuk lama.
Saya tidak pernah merasakan RTM tidak boleh buat yang terbaik. Cuma kita perlu lontarkan rasa ego dan sikap tak boleh terima ide orang.Buatlah sesuatu jangan sampai ia memberi kesan kepada RTM secara keseluruhan.

1 comments:

Masalah tv di Malaysia sebenarnya kerana semua rancangan dan pengacara kerja membodek UMNO tak sudah-sudah, walaupun terlampau banyak onar yang telah dibuat oleh UMNO. Kaki bodek ini sebenarnya telah tandus idea yang intelek kerana mereka tahu segala yang diperbincangkan adalah merapu dan merepek. Rakyat bosan dengan rancangan tv yang asyik menegakkan benang yang basah. Yang benar, kucingkurapan http://unofficialversion.wordpress.com/

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More