Tuesday, March 8, 2011

GELORA POLITIK SETIAWANGSA?


Sebut saja politik di mana-mana keadaannya sentiasa bergelora. Bertemu secara tak sengaja dengan seorang pemimpin tertinggi komponen BN yang secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Ahli Parlimen, Dato Sri Zulhasnan Rafique.
Dia mengutarakan banyak sebab mengapa dia sudah tidak selesa dengan Zulhasnan kerana setahu saya sebelum ini dia cukup rapat dan sering memberikan kerjasama dalam setiap program anjuran UMNO dan parti-parti komponen.
Isunya rasa tidak puas hati kawasan perumahan setinggan di Air Panas.Saya tak pula cuba mendapatkan secara detail kerana bertemu dalam keadaan tidak diduga setelah sekian lama tidak bersua.
Dia sempat berkata kepada saya, keadaan dulu dan sekarang sudah berubah.Berubah dalam bentuk bagaimana, saya kurang periksa.Ada beberapa isu besar lain turut dibangkitkan termasuklah rasa "terkilan" yang tersimpan sekian lama.
Adat dalam politik, hari ini kita berkawan esok kita bermusuh kemudian berkawan balik.

Saya adalah antara barisan Pemimpin Pemuda UMNO bahagian Setiawangsa di bawah kepimpinan Dato Paduka Izzudin Ishak. Khabarnya Dato Izuddin juga sudah membawa haluan.Apa yang penting keutuhan parti dan sokongan kepada YAB Perdana Menteri,Dato Seri Najib Tun Razak yang nyata bekerja kuat untuk rakyat.

Sunday, March 6, 2011

BICARA RAKYAT NAK KE MANA


RTM ada macam-macam rancangan bual bicara.Isu,Dialog,Di Luar Lingkungan dan terbaru Bicara Rakyat khabarnya buah fikiran JASA. Tajuknya sedap tapi kesannya tak ada.Disauhkan oleh pengacara tersohor abad ini (di RTM) Sayed Munawar yang nampaknya mula hilang rentak kerana terlalu dibebankan dengan tugasan yang agak bertindan.
Sayed dah tak dapat bezakan antara DLL dan Bicara Rakyat. Kerana itulah ratingnya sekitar 40 ribu.Kalau setakat itu maka seelok-eloknya kaji balik program yang pastinya tidak mendapat sambutan dan menelan kos.Itupun kalau JASA terima teguran ini.
Saya dapat melihat dalam beberapa siri program, isunya tidak bertepatan dengan kehendak takyat malahan matlamat yang cuba diletakkan oleh JASA dan RTM tidak kesampaian.Tiada sentuhan sehingga ke bawah. Daripada menonton Bicara Rakyat lebih baik kita menonton Titik Sentuhan, itu baru betul-betul bicara rakyat bawahan seperti yang dikehendaki oleh YAB Dato'Seri Najib Tun razak,Perdana Menteri yang kita kasehi.
Berbincang dengan menjemput tetamu yang gagal memberikan ulasan dengan baik menyebabkan kuasa menukar channel itu akan dilakukan.Tidak ada gunanya kita merasakan ide kita sudah hebat tapi sebenarnya masih ditakuk lama.
Saya tidak pernah merasakan RTM tidak boleh buat yang terbaik. Cuma kita perlu lontarkan rasa ego dan sikap tak boleh terima ide orang.Buatlah sesuatu jangan sampai ia memberi kesan kepada RTM secara keseluruhan.

Saturday, February 26, 2011

ALAHAI RTM...


Macam macam maksud yang diberikan kepada RTM.Sejak zaman Tok Mat(arwah) hingga zaman kini,DASURY.Apa saja yang dibuat, tetap sama. Bilik berita tetap lesu.Jam 8.00 malam bilik berita sunyi tak macam Seri Pentas.Mungkin kerana bos yang ada tak disukai atau memang sekadar itu yang mampu mereka laksanakan.
Tak hairanlah jumlah yang menonton Berita RTM jauh lebih merosot. Staff RTM ada yang bagus-bagus.Ada yang berpengalaman tetapi mungkin kerana meluat dengan terlalu banyak arahan.
Ketua Pengarah,Dato Ibrahim (Tiger) sedang menuju hari-hari terakhir sebagai KP.Ada rezki akan terus di situ tetapi kalau tak ada rezki anda mungkin boleh menatap blog Dunia Tiger dengan lebih cerita sensasi.
Ada juga cerita pengacara wanita yang "power" di RTM.Semua tak berani tegur.Nak jadi ketua macam mana kalau nak tegur staff pun takut.
Pernah waktu saya menjadi pengacara sukan, ada suara bawahan yang nak potong siaran langsung sepaktakraw hanya kerana dia "power" di RTM.Macam-macam lagi. Ada yang merasakan dia adalah ratu di situ,kebal apatah lagi kalau "menjual" nama orang atas.
Saya jumpa staff RTM semalam katanya," lemas aku, sikit-sikit arahan dari Menteri, betul ke?kita naik keliru,". Kata saya, sabar semua itu kerenah orang tengah "mabuk" dengan jawatan.
Harapan saya semuanya akan lebih baik selepas ini.TIGER PERLU MENGAUM.

Thursday, February 24, 2011

BERFIKIR,TERFIKIR DAN PEMIKIR


Setiap kita perlu berfikir. Kadangkala pemikiran bernas amat penting untuk melakarkan kejayaan terhadap apa yang kita hajatkan.Banyak berfikir bagi yang suka berfikir tetapi adakalanya hanya berfikir,akan dibayar.Mahalnya kita berfikir sehingga dibayar tetapi adakalanya tidak berdaya untuk berfikir tetapi memaksa diri.
Berfikir dan bertindak itu lebih baik dan afdal.Berfikir dan bermesyuarat sebulan sekali atau seminggu sekali sambil menunggu perintah,itu lembab namanya.Tak ada ide tetapi kerana bergantung kepada RM maka kita bergelar pemikir yang pada hakikatnya tak ada peranan berkesan untuk membantu YAB Perdana Menteri yang nyata bekerja kuatke sana kemari.Keletihan YAB amat kita hargai.Ahli pemikir yang ada fikirkanlah apakah anda sudah cukup membantu dalam memberi buah fikiran.
Berfikir biarlah berJASA.

Thursday, November 4, 2010

LANGIT TAK SELALU CERAH


Bila kita hampir dengan orang ternama, terbilang, berpangkat, berdarjat, berkuasa dan hebat, kita juga dilihat sebegitu. Tutur bicara kita dianggap sama hebat walaupun kadangkala kita syok sendiri.
Kawan yang lama menghilang akan datang menerpa bila mendengar khabar kedudukan kita. Bila terdengar kita tersungkur di kaki bukit, dia akan bergerak perlahan-lahan meninggalkan kita malah nombor telefon juga sudah dibuang terus dari kotak simpanan.
Buktinya jika dia menyambut panggilan kita, dia sudah tidak mengenali bahawa kita menelefonnya kerana nombor sudah "di delete".
Hebat manusia yang berkawan kerana kebendaan, pangkat dan kedudukan. Ada juga teman yang terus setia kerana mereka lebih selesa bersahabat kerana persahabatan bukan kerana kebendaan.
Kalau dulu kita baik dengan orang yang berpangkat Ketua Pengarah, kini ketua pengarah yang dulunya sanggup melutut di depan kita hanya kerana mahu menjaga supaya tidak dimarahi menteri, kini dia mula tunjuk belang.Panggilan dan pesanan juga sudah tidak dilayan tapi yakinlah, lambat atau cepat dia akan terhukum juga.
Dia berbaik dengan kita kerana kita menjadi orang kanan menteri, bila menteri sudah jauh dari kita, dia berasa selamat untuk tidak berkawan dengan kita.Cuma dia lupa, mana bisa dosa lama disembunyikan begitu saja kerana lambat atau cepat hukum karma akan diterimanya.
Saya akan ceritakan episod perangai-perangai mereka ini dalam blog saya setiap masa, malah mungkin ianya akan menjadi teladan terbaik kepada kita semua.
Ada juga Ketua Pengarah yang masih berkawan dengan baik hingga pencen kerana dia ikhlas dengan kita.Dia selesa bersahabat kerana dia tahu langit tak selalu cerah.
Mana yang terasa maaf tapi anda terutamanya mereka yang makan cili sedarlah, sampai masa anda juga akan deibenci kerana kesilapan.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More