Thursday, November 4, 2010

LANGIT TAK SELALU CERAH

Bila kita hampir dengan orang ternama, terbilang, berpangkat, berdarjat, berkuasa dan hebat, kita juga dilihat sebegitu. Tutur bicara kita dianggap sama hebat walaupun kadangkala kita syok sendiri. Kawan yang lama menghilang akan datang menerpa bila mendengar khabar kedudukan kita. Bila terdengar kita tersungkur di kaki bukit, dia akan bergerak perlahan-lahan meninggalkan kita malah nombor telefon juga sudah dibuang terus dari kotak simpanan. Buktinya jika dia menyambut panggilan kita, dia sudah...

Sunday, August 8, 2010

NOVEL TERBARU FARA DARLISH

Sejak 1986 aku mula menulis novel itupun bukan kerana aku pandai tetapi kerana terdesak. Aku tak pernah sangka dari seronok-seronok sudah menjadi hobi yang paling aku gemari, menulis novel. Novel pertama Hatinya Milik Siapa terbitan Penerbitan Pena syarikat kepunyaan arwah Pak Harun. Novel kedua aku Dukanya Bersalut Noda (Penerbitan Pena)diikuti Memburu MImpi dan Seroja Kembang Petang terbitan Creative Enterprise. Novel Cengkam dan buku Silat Lincah Omar Din Pejuang Silat Melayu dilancarkan oleh...

Wednesday, June 16, 2010

BOLASEPAK,SNUKER AKHIRNYA GOLF

Memang orang sukan. Pengulas sukan dan minat semua jenis sukan. Sukan yang paling dibenci adalah snuker dan golf. Takdir Allah, akhirnya sukan inilah yang aku minati akhir-akhir ini. Bermula dua hari lepas selepas aku boleh bermain snuker, GOLF pula menjadi permainan yang mula diminati. Benar kata Mat Metro, apabila dah boleh pukul, tidur malam pun teringatkan golf. Pemain golf hebat di kalangan media, Imran Mohd Noor juga pernah mengutarakan demikian. Katanya dalam loghat Kelantan,"kalu doh syok main golf, habih lupo,tido tak berapa nak generho(lelap)".Kini...

Thursday, June 3, 2010

PIALA DUNIA 2010 IMBAU KENANGAN BERSAMA ALLAHYARHAM DIN BERAMBOI

Setelah meninggalkan stesen swasta(TV3) pada 2001 terasa seperti dunia pengacaraan sudah menjadi lipatan sejarah dalam kehidupan saya. Walaupun bertukar posisi menjadi pengacara berbentuk bual bicara berat dan bukan sukan tetapi jiwa ini sesekali kepingin berbicara tentang bolasepak, badminton dan sukan-sukan lain. Kembalinya saya beraksi di Bernama TV dalam Helo Malaysia bergandingan dengan Serkawi Jirim akhirnya mengirimkan saya kembali ke bidang asal yang pernah saya lalui selama lebih 12 tahun...

Thursday, February 18, 2010

ANWAR MENYESAL,RAKYAT TAUBAT

DS Anwar Ibrahim (DSAI) mengaku salah letak calon dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Itu kata DSAI. Apa pula kata rakyat. Mereka mengaku salah dan menyesal kerana mengundi calon PKR dalam pilihanraya umum yang lalu. Perkembangan demi perkembangan ini pastinya akan menyedarkan kita semua betapa parti serpihan indahnya hanya sementara. Contoh sudah ada sebelum ini. Banyak khabar indah dan gembira dikhabarkan sebelum pilihanraya tetapi selepas itu rakyat berserakan dengan masalah sendiri. Cakap...

Wednesday, February 17, 2010

YB ZUL TUNGGU APA LAGI...

Retak menanti belah. Utulah tajuk rancangan ISU kendalian saya pada Jumaat 12 Februari lalu. Sempat bersama bekas rakan dan sahabat lama Haji Ruslan Kassim yang saya kenali sewaktu beliau bertanding Exco Pergerakan Pemuda UMNO sewaktu pemuda era Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.Saya selaku pengacara dan Datuk Nakhaei haji Ahmad, Haji Ruslan Kassim dan Profesor Hoo Ke Ping sebagai tetamu. Rancak, jenaka dan sesekali panas dengan cerita lama.Apabila berbicara tentang masa depan Parti Keadilan Rakyat(PKR), Haji Ruslan nyata dengan hujah kerasnya mengatakan...

Monday, January 18, 2010

HARGA SECAWAN TEH

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Ungkapan yang membawa erti yang cukup besar. Bermaksud kita harus berhati-hati ketika mengutarakan pendapat dan berbicara kerana halus budi bahasa, tenang jiwa dan raga penyelamat dari segala sengsara.Hanya kerana meninggikan suara, harga secawan teh menjadi pertaruhan satu nyawa. Inilah yang berlaku kepada Sanusi Othman di Tanah Merah, Kelantan. Menanti pesanan teh yang agak lambat, akhirnya keenakan teh tidak dapat dinikmati sebaliknya terpaksa menanggung kesakitan kerana badannya melecur...

Tuesday, January 12, 2010

CERITA PENGACARA

Seronok kalau dapat muncul di kaca tv. Labih seronok lagi kalau keluar ke bandar orang akan pandang dan tegur kita. Seronok-seronok juga tapi bebanan yang digalas jangan dipandang ringan. Sejak akhir-akhir ini ada yang pandang mudah hakikat ini. Kalau jumpa rakan terus pelawa untuk jadi host. Itu proses yang tak kena. Dulu-dulu payah nak jadi pengacara atau pengendali sesuatu rancangan tapi hari ini mudah sangat. Saya cadangkan, kenalah selidik latar belakang dan juga siapa yang kita nak berikan...

Page 1 of 1012345Next

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More