Memang orang sukan. Pengulas sukan dan minat semua jenis sukan. Sukan yang paling dibenci adalah snuker dan golf. Takdir Allah, akhirnya sukan inilah yang aku minati akhir-akhir ini. Bermula dua hari lepas selepas aku boleh bermain snuker, GOLF pula menjadi permainan yang mula diminati. Benar kata Mat Metro, apabila dah boleh pukul, tidur malam pun teringatkan golf. Pemain golf hebat di kalangan media, Imran Mohd Noor juga pernah mengutarakan demikian. Katanya dalam loghat Kelantan,"kalu doh syok main golf, habih lupo,tido tak berapa nak generho(lelap)".Kini...